Thursday 7 July 2011

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN

  http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

SINOPSIS

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya, sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran(p&p. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:
  • Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).
  • Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun,penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.
  • Untuk menjamin keberkesananpenggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaiandengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputerdalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatianpelajar.
  • Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif . Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan olehSaad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
  • Perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dilakukan secara profesional untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh guru.
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengankeperluan semasa perlu diberikan perhatian.


9 comments:

  1. Artikel anda berkaitan aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa adalah sesuatu yang menarik dan sangat sesuai dalam era globolisasi sesarang.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya tidak dapat dinafikan penggunaan komputer atau ICT akan memberi kesan yang besar dalam proses P&P tanpa mengira apa subjek sekali pun. Berbantukan kesan-kesan menarik yang dapat dihasilkan dengan menggunakan perisian komputer pasti akan memudahkan pemahaman dan menarik murid. Guru-guru yang ingin melihat perubahan pada anak muridnya perlu juga membuat perubahan pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Penggunaan ICT amat berguna terutama dalam pengajaran bahasa kerana murid boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.Segala perisian dalam ICT membantu guru menambah kefahaman murid dalam menyampaikan maklumat.

    ReplyDelete
  4. Memang tidak dinafikan penggunaan ICT dalam P&P banyak kelebihannya. Namun, ada ketikanya penggunaan pensel dan kertas perlu diutamakan khususnya dalam menilai aspek tulisan dan ketulenan hasil kerja.

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan penggunaan ICT akan memudahkan lagi pemahaman murid terhadap apa yang kita ajar. Bukan itu sahaja ICT juga akan memudahkan penyampaian kita sebagai guru. Walaubagaimanapun canggihnya Ict yang digunakan pastikan murid kita boleh membaca dengan baik.

    ReplyDelete
  6. kita tak boleh lari dengan ICT ni

    ReplyDelete
  7. Seperti mana yang diketahui ramai kepentingan ICT tidak boleh dinafikan lagi.Pengunaannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik, oleh itu hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. penggunaan ICT dalam P&P boleh menimbulkan minat untuk belajar.

    ReplyDelete
  9. Sya setuju semua pendapat cikgu-cikgu, tapi kadang-kadang komputer kat sekolah bermasaalah..

    ReplyDelete