Sunday 10 July 2011

E-Learning : Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan 

Ledakan IT meletus di mana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya mengalami evolusi yang begitu pantas. Namun, IT bagi pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada komputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain seperti yang dinyatakan diatas. Ketika komputer mula-mula popular seawal dekat 80-an, penggunaanya lebih menjurus kepada permainan kanak-kanak serta kerja-kerja penaipan data di pejabat, tidak lebih daripada itu. 

Thursday 7 July 2011

Nilai BITARA - Pembangunan Sahsiah Guru – Dipetik daripada blog Cikgu Rusmiza (http://rusmiza-rusle.blogspot.com)

1.0     PENGENALAN

Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta lain dari yang lain. Ada enam nilai yang dapat membentuk personaliti Bitara ini. Nilai-nilai ini terbentuk melalui pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan juga persekitaran.
            Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara ini ialah intergriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Keenam-enam nilai ini akan dapat menjadikan personaliti Bitara menjadi realiti.
            Keenam-enam nilai Bitara ini seharusnya menjadi panduan kepada guru bagi membentuk sahsiah mereka. Guru seharusnya memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenepikan aspek pembangunan sahsiah guru. Nilai ini bukan setakat diketahui tetapi harus jua difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja di sekolah malah sepanjang masa.
            Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat pengiktirafan. Oleh itu nilai-nilai Bitara ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah konsisten dengan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Dalam menuju negara maju tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf dunia, para guru haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi serta bersifat proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.

2.0       CIRI-CIRI GURU BERKESAN

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN

  http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

SINOPSIS

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya, sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran(p&p. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:
  • Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).
  • Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun,penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.
  • Untuk menjamin keberkesananpenggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaiandengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputerdalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatianpelajar.
  • Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif . Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan olehSaad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
  • Perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dilakukan secara profesional untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh guru.
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengankeperluan semasa perlu diberikan perhatian.


Warna Warni Kejohanan Padang dan Balapan SK Felda Bukit Tangga 2011