1.0 Pendahuluan
Teknologi Maklumat (Information
Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan
komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas
yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi
data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi
elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan
dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada
pengguna secara elektronik. Perkakasan
komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas
kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian.
Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan,
input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan
arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan
komputer melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Komunikasi
data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain
secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital perlu
ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi dijalankan. Contoh
perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad
Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).