Tuesday, 30 September 2014

KAJIAN KES SEJARAH MELAYU



1.0              PENGENALAN
Sulalat-us-Salatin atau Sejarah Melayu menceritakan tentang Kesultanan Melayu Melaka, asal usul Raja Melaka yang dikatakan hasil daripada perkahwinan Iskandar Zulkarnain dengan puteri berketurunan India, keturunan Raja Melaka sebelum serangan Portugis pada 1511 dan zaman selepas serangan Portugis iaitu zaman Kesultanan Johor-Riau.
Oleh yang demikian, Sejarah Melayu dikarang bertujuan menceritakan mengenai raja-raja Melayu yang memerintah negeri-negeri Melayu terutama raja-raja Melaka, dan merakamkan segala adat istiadat Melayu yang menunjukkan satu tatacara pentadbiran/pemerintahan menurut etika adat Melayu yang bersandarkan ajaran Islam. 
Ramai sarjana terutamanya ahli penyelidik Barat menganggap Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin sebagai hasil sastera Melayu yang terpenting dan terbaik antara hasil sastera Melayu lama. A. Teeuw dalam kata pendahuluan Sejarah Melayu terbitan Abdullah berpendapat:
“…Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan Melayu…”
Sejarah Melayu dipandang penting oleh para sarjana Barat dan tempatan sebagai satu sumber tentang sejarah sesuatu bangsa dari Timur. Selain itu, Sejarah Melayu juga merupakan rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zamannya. Mengikut Teuku Iskandar, naskah Sejarah Melayu yang ada sekarang ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
                                 I.            Naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London.
                              II.            Naskah-naskah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A. Shellabear dan edisi Dulaurier.
                           III.            Naskah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London.

Jika ditinjau dari segi sejarah dan bahasa, naskah pertama dapat dikatakan sebagai naskah tertua, kerana bahasanya menyerupai bahasa yang terdapat dalam naskah Hikayat Acheh. Lihat sebahagian daripada bentuk bahasa dalam Sejarah Melayu;
“…seribu dua puluh esa tahun, pada tahun dal-awal pada dua belas haribulan Rabiulawal pada hari Ahad pada waktu Doha, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alauddin Riayat Syah, zillullahi fil’al al am sedang bernegeri di Pasir Raja, Patani, iaitu datang menjunjung titah Yang Pertuan di Hilir…”
Sir R.O. Winstedt ialah seorang sarjana berbangsa Inggeris, telah mengkaji dan menyelidik asal-usul dan kandungan buku Sejarah Melayu. Beliau telah mengemukakan berbagai pendapat tentang persoalan yang timbul, seperti siapakah pengarang Sejarah Melayu, naskah Raffles 18 yang telah disiarkan di dalam Journal of the Royal Asiatic Society, vol. xvi Dis. 1993 dipercayai sebagai naskah tertua dan asli.
            Selanjutnya, Winstedt berpendapat bahawa naskah pertama Sejarah Melayu telah dikarang di Melaka oleh anak Melaka dari Istana Sultan Mahmud Shah. Dipercayai juga pengarangnya hidup semasa Melaka ditakluki oleh Peringgi dan dia terus menulis sehingga tahun 1535M. Winstedt percaya buku Sejarah Melayu ini telah disusun semula pada tahun 1612M. Semasa penyusunan semula dilakukan, sudah tentu terdapat sebuah naskah yang lebih tua yang mengandungi rangka-rangka buku Sejarah Melayu tersebut. Isi kandungannya juga mula dicatat sejak pemerintahan Sultan Mahmud Shah atau lebih awal lagi.
            Pendapat ini memang boleh dipercayai kerana ada di kalangan orang-orang besar raja dari zaman dahulu hingga zaman kemudiannya terdapat seorang antara mereka yang berusaha mencatatkan riwayat atau hal ehwal yang difikirkan penting dalam zaman pemerintahan seorang raja yang menjadi tumpuan rakyatnya.
            Kandungan Sejarah Melayu yang disusun pada tahun 1612M didapati terdapat tokok tambah daripada cerita-cerita lisan yang tersebar turun temurun. Ini dapat dilihat daripada kandungan permulaan kata pada kedua-dua buah naskah Raffles 18 dan sebuah naskah yang disusun oleh Shellabear. Berikut petikan yang diambil daripada naskah Shellabear dan Raffles 18:
“…maka berkata ia kepada fakir, “hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita. Yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah daripadanya…”
Berdasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa bahan-bahan kandungan Sejarah Melayu yang disusun pada tahun 1612M itu telah sedia ada, iaitu Hikayat Melayu yang dibawa orang dari Goa (Orang Kaya Sogoh). Hikayat dari Goa itulah yang dijadikan sebagai dasar atau rangka yang ingin diperbaiki itu. Naskah Raffles 18:
“…maka fakir karanglah hikayat ini kama sami’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja…”
            Namun, dalam penulisan ini, penulis akan menggunakan naskah Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear (1896) yang telah ditulis dalam tulisan rumi pada tahun (1898) yang mengandungi 34 cerita dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd untuk menganalisis penggunaan kata, ayat, tatabahasa dan bahasa lain yang terdapat di dalam karya tersebut.  
            Tun Seri Lanang iaitu Bendahara Paduka Raja negeri Melaka pada masa itu, dipercayai merupakan pengarang Sejarah Melayu. Tun Seri Lanang adalah dari keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Dalam hal ini Winstedt berpendapat bahawa pengarang Sejarah Melayu yang sebenar tentunya seorang yang rapat dengan golongan istana yang tahu faham akan segala peristiwa yang berlaku di sekitar istana. Justeru, beliau menulis sejarah Melayu ini untuk menunjukkan keistemewaan raja-raja Melayu ketika itu. Selain itu, pengarangnya juga sudah tentu membaca buku-buku hikayat dan seorang yang mempunyai kefahaman tentang bahasa Arab, Parsi, Jawa dan sedikit bahasa Portugis juga Tamil.
            Nama Tun Seri Lanang yang sebenarnya ialah Tun Muhammad, Paduka Raja gelaran pembesar Negara yang diterimanya daripada Sultan. Jurai keturunan Tun Seri Lanang seperti yang terdapat di dalam buku Sejarah Melayu edisi Shellabear adalah seperti berikut:
“…Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangnya, Paduka Raja gelarannya Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Nara Wangsa, piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindan, qaddasa illahu Sirrahum, Melayu bangsanya dari Bukit Siguntang Mahameru, Malakat negerinya, Batu Sawar daru l-salam…”
Namun, mengikut kajian Ismail Hussein, Tun Seri Lanang bukan pengarang Sejarah Melayu, beliau cuma menyalin dan memperbaiki karangan aslinya yang dibawa dari Goa kerana terdapat naskah-naskah Sejarah Melayu yang lebih tua serta membuktikan kebenaran tersebut. 
                       
1.1              KANDUNGAN SEJARAH MELAYU
Teks Sejarah Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mukadimah, kandungan isi dan penutup. Dalam naskah edisi Shellabear mengandungi tiga puluh empat (34) cerita atau bab.
(Rujuk Lampiran 1)

1.2              STRUKTUR SEJARAH MELAYU
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mustafa Mohd Isa (1999), beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu dapat juga dihuraikan sejarah negeri Melaka menurut pola penceritaan berdasarkan struktur ceritanya.
Dari cerita 1-10 pengenalan ke arah pembukaan negeri Melaka. Dalam cerita-cerita itu telah dikisahkan asal usul raja-raja yang akan menjadi raja Melaka iaitu bermula daripada zuriat Iskandar Zulkarnain hingga Raja Iskandar Syah raja yang berakhir di Singapura dan raja pertama di Melaka.
            Mulai dari cerita yang ke 11 hingga cerita yang ke 12 berkaitan dengan pembukaan dan perkembangan Melaka. Ceritanya mengandungi kisah negeri Melaka dibuka dan kisah Nabi Muhamad s.a.w mengislamkan Raja Kecil Besar yang kemudian bergelar Sultan Muhamad Syah.
            Zaman kegemilangan Melaka mulai cerita 13-26.21 “wasiat Bendahara Paduka Raja”. Dalam zaman kegemilangan ini Melaka telah bersahabat dengan negeri-negeri Melayu yang menjadi jirannya, melalui penaklukan atau perkahwinan, bersahabat dengan Siam selepas Siam gagal menakluki Melaka dan telah bersahabat dengan negeri China selepas raja China terkena tulah disembah oleh Raja Melaka. Pada zaman keagungan Melaka, ia telah diperintah oleh tiga orang Sultan iaitu Sultan Mudzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Manakala Bendaharanya ialah Tun Perak yang bergelar Bendahara Paduka Raja, Laksamananya ialah Hang Tuah dan Temenggungnya ialah Seri Maharaja.
            Manakala zaman Melaka menuju keruntuhan pula bermula dari cerita 26.22-33.22. Negeri itu sedang menuju keruntuhan kerana moral rajanya iaitu Sultan Mahmud amat rendah. Baginda terlibat dengan berbagai-bagai skandal seks dan melakukan kezaliman dan kekejaman dengan sewenang-wenangnya. Bendahara Seri Maharaja asyik dengan kekayaannya dan orang-orang Temenggung melakukan penganiayaan kepada peniaga-peniaga sebagai helah mendapatkan rasuah. Keruntuhan moral raja dan pembesar-pembesar Melaka ini memuncak apabila Sultan Mahmud membunuh Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hasan Temenggung dan Tun Ali suami Tun Fatimah kerana mendengar fitnah kononnya Bendahara hendak menderhaka. Dengan kematian Bendahara tersebut, negeri Melaka tidak mempunyai pembesar yang bijaksana yang dapat menjalankan pentadbiran negeri dengan baik dan cekap.
            Melaka dikalahkan oleh Feringgi dari cerita 33.23-34.3. Melaka berada dalam keadaan yang amat lemah. Sultan Mahmud sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah. Ia turun takhta dan melarikan diri tinggal di Ulu Melaka. Melaka pula diperintah oleh Sultan Ahmad dan Bendahara Tepuk yang hanya gagah makan nasi. Dalam suasana Melaka yang daif itu, dengan mudah sahaja Feringgi dapat mengalahkannya. Sejak mengalami kekalahan, Melaka kehilangan kuasa kesultanannya buat selama-lamanya.

2.0              ANALISIS PENGGUNAAN BAHASA DALAM SEJARAH MELAYU
Bahasa ialah satu kaedah yang bersifat naluri untuk menyampaikan idea, emosi dan kemahuan melalui simbol-simbol yang dilahirkan dengan sengaja atau sedar (Sapir, 1921). Bahasa juga ialah satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari, digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi (Bloch & Trager, 1942). Manakala Hall menyatakan bahawa bahasa ialah satu institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari mengikut tabita (Hall, R. A, 1968).
Selain itu, menurut Nik Safiah Karim (1996) bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Chomsky mendefinisikan bahasa sebagai suatu set ayat (finit atau infinit) dan setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan satu set unsur yang terhad (Chomsky, 1957).           Daripada definisi-definisi bahasa di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa bahasa  mempunyai ciri-ciri seperti  :
a)      Bahasa mempunyai satu sistem
b)      Bahasa adalah lambang-lambang
c)      Bahasa adalah bunyi/ujaran
d)     Bahasa bersifat arbitrari
e)      Bahasa digunakan oleh anggota untuk berhubung
f)       Bahasa perlu dipelajari


2.1              BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini, dikategorikan sebagai bahasa Melayu klasik yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dulu. Oleh kerana bahasa mempunyai sifat dan cirinya tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Namun, bahasa Melayu mempunyai sifat terbuka dan telah menerima banyak perubahan terutama dari segi kosa kata. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :
1.      Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi
2.      Tidak menggunakan tanda bacaan, tidak menggunakan perenggan
3.      Banyak menggunakan struktur ayat pasif

4.      Terdapat penggunaan kata praklausa atau pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden seperti arakian, hatta, kalakian, empunya, persetua dan lain-lain.
5.      Mengandungi kosa kata bahasa istana


2.2              PENGGUNAAN KATA DALAM SEJARAH MELAYU
Perkataan merupakan satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan mempunyai beberapa bentuk iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Penggolongan kata menurut Nik Safiah Karim et al (1996) terbahagi kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 
Leksikon bahasa Melayu penuh dengan berbagai-bagai jenis perkataan, seperti kata warisan, kata pinjaman atau kata serapan, kata slanga, kata basahan dan istilah. Menurut Asmah Hj Omar (1991), perbendaharaan kata Melayu asli terdiri daripada tiga subkategori iaitu kata Melayu Am, kata Melayu dialek dan kata Melayu usang atau arkaik. Ahmad Ramizu Abdullah (1998) mentakrifkan kata arkaik dalam bahasa Melayu sebagai “kata-kata Melayu yang jarang ataupun tidak biasa lagi digunakan pada hari ini. Hal ini bermakna penggunaannya semakin usang.  Namun begitu penggunaannya begitu ketara dalam teks Sejarah Melayu . Misalnya, kata seperti  :
ayapan – makanan dan minuman
bahara – sejenis timangan
junun – gila
leler – tidak senonoh
natar –warna dasar pada kain
pacal – hamba
senda – saya
tagar – guruh
wardi – perintah
cepiau – topi
jemah – nanti
waad – janji
azmat – hebat
selasar – serambi
ahmak – bodoh

Tetapi kini, kebanyakan kata ini tidak lagi digunakan dalam pertuturan atau tulisan bahasa Melayu baku. Ini mungkin disebabkan bahasa itu sendiri yang mengalami perubahan yang pesat seiring dengan zaman. Namun, kata arkaik akan terus hidup dalam penggunaan yang terhad oleh golongan istana. Justeru selagi ada golongan istana, selagi itulah akan terpelihara kota kata arkaik daripada pupus akibat ditelan zaman.

Penggunaan kata dalam Sejarah Melayu juga mengandungi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa. Hal ini terjadi disebabkan bahasa Melayu pernah bertembung dengan beberapa budaya agung seperti budaya Arab, India dan China pada zaman dahulu. Dengan menerima pengaruh luar dan peradaban asing, bahasa Melayu telah menambahkan perbendaharaan kata Melayu. Contohnya adalah seperti berikut:
            Sanskrit adikara, adi, jaksa, rajaduta, mahaduta, perwara
Arab – ikhwan, munajat, takwil, wardi, iktikad tuhfat dan zulmat, maulana, sayyid,
            makhdum dan kadi.
            Parsi – nobat, lasykar, darwish, sanbal,
            Jawa- adipati, kedayan, pangeran, manira, kula, sandal, sinda, sampean, 
                        Manda

Selain itu bahasa yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini merupakan bahasa tinggi dan kebanyakan cerita adalah berkaitan dengan golongan istana dan bangsawan. Pengarang banyak menggunakan bahasa istana atau bahasa diraja. Kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketika yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu adalah seperti aku, saya, kami, awak, engkau, kamu. Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri berkait rapat dengan bentuk panggilan. Walau bagaimanapun penggunaan kata ganti nama di atas jarang digunakan dalam teks Sejarah Melayu ini.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, teks Sejarah Melayu merupakan teks yang tinggi nilai bahasanya. Penggunaan bahasa istana banyak digunakan oleh pengarang. Bahasa istana ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi yang melibatkan sekurang-kurangnya salah satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Bahasa istana ialah bahasa yang halus dan digunakan dengan sopan santun dan adab tertib tanpa mengira keadaan. Penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa istana terbahagi kepada dua kategori iaitu kata kekeluargaan dan kata ganti nama diri. Berikut merupakan contoh kata kekeluargaan dan kata ganti nama diri yang terdapat dalam Sejarah Melayu:
Kata kekeluargaan :
“Syahdan, berapa lamanya, maka Sultan Malikut Tahir pun geringlah. Maka baginda berwasiat pada anakanda baginda Sultan Ahmad, katanya,’Hai anakku, dan cahaya mataku, dan buah hatiku, hendaklah jangan engkau melalui sembah hambamu yang tua-tua pada barang suatu pekerjaan; hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterimu; dan jangan segera engkau menggerakkan hati hambamu; dan hendaklah engkau perbanyak sabar pada segala pekerjaan yang keji; dan jangan engkau peringankan ibadatmu akan Allah subhanahu wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya. Maka Sultan Ahmad pun menangis menengar wasiat ayahanda baginda itu. Maka baginda pun mangkatlah. Maka ditanamkan orang hampir masjid. Maka berapa lamanya Sultan Ahmad di atas kerajaan.”(halaman 50)

Kata ganti nama diri:
“ Hatta, maka baginda pun terus pada sebuah rumah seorang perempuan tua. Maka Maharaja Dewa Sura pun menyuruh minta nasi pada perempuan tua itu. Maka kata perempuan tua itu,’ Tuanku, di mana akan hamba beroleh nasi kerana hamba orang miskin? Biarlah hamba randaukan dahulu sayur mayor, nantilah hamba mencari anak-anak ikan.”(halaman 79).






2.3              PENGGUNAAN AYAT DALAM SEJARAH MELAYU
Dalam konteks Sejarah Melayu struktur ayat dalam teks tersebut berbeza dengan struktur ayat yang digunakan pada masa kini.        Penggunaan ayat yang panjang, yang disambung dengan berbagai-bagai kata hubung atau tanda baca ialah salah satu ciri laras bahasa Melayu lama. Misalnya:
“Setelah Sultan Mahmud Syah mendengar sembah bendahara dan segala orang besar-besar itu, maka terlalu sukacita baginda, seraya meraih leher paduka ananda baginda, dipeluk dicium baginda seraya bertitah ‘Hai anakku, dan cahaya mataku, engkau kerajaan, hendaklah bendahara dan sekalian hulubalang; sangat-sangat adil saksama pada hukum atas bala tenteramu.Jangan engkau dengar-dengaran barang sembah orang yang tiada dengan sebenarnya; sangat-sangat ampun periksamu akan mereka itu sekalian kerana ia bernaung kepada keadilan dan kemurahanmu; dan jangan taksir daripada menafahus dan memeriksai atas rakyatmu, supaya sentosa kerajaan engkau. Maka Sultan Muda pun terlalu sangat baginda menangis di atas ribaan paduka ayahanda baginda”. (halaman 219)

Ayat yang panjang digunakan untuk menceritakan kejadian yang berlaku sebelum pemergian Sultan Mahmud Syah yang kembali ke rahmatullah. Pengarang menukilkan nasihat-nasihat dan pesanan terakhir untuk anakandanya supaya dapat memerintah dengan adil.  Penggunaan struktur pasif sering digunakan dalam teks-teks karya klasik ini termasuklah Sejarah Melayu.
Dalam Sejarah Melayu terdapat banyak surat kiriman antara raja Melaka dan raja-raja Negara jiran dan Negara-negara besar yang lain seperti Majapahit, Siam dan China. Pengarang surat-surat itu ialah Bendahara Melaka. Teknik penyampaian cerita melalui bentuk surat kiriman yang digunakan oleh pengarang membuktikan bahawa pengarang merupakan orang yang berkebolehan dan mempunyai ilmu dalam bidang bahasa. Dalam surat kiriman itu pengarang menggunakan ayat bahasa Melayu dengan baik berdasarkan gaya penulisan surat kiriman yang beradat dan menarik. Misalnya surat dari Temenggong Seri Udana kepada Sultan Mahmud Syah :
“Patik pacal yang tua, dianugerahi nama Temenggong Seri Udana, lagi dijadikan panglima, empunya sembah ke bawah Duli Yang Dipertuan yang mulia. Barang maklumlah Duli Yang Dipertuan, inilah banyak bilangannya harta hamba sahaya patik itu yang disuratkan tiga hari tiga malam, pertama-tama harta patik itu talam tiada berbibir lagi pasuk satu, dan bokor pecah alas ternang Pahang sumbing satu, dan pinggan retak China satu, dan mangkuk retak satu, dan piring karang satu, dan periuk tembaga satu putus bibirnya, dan belanga Keling tembaga satu; dan budak tiga orang-seorang Si Berkat namanya, berkayuh di haluan, lagi membawa pengudat. Itulah banyak bilangan harta dan hamba sahaya patik itu. Syahdan, akan patik ini tiadalah mengadap ke bawah duli Yang Dipertuan lagi insya Allah taala, jikalau Kota Kara alah, patik itu matilah.(halaman 12)

Isi kandungan surat ini mengandungi sindiran yang tajam. Temenggong Seri Udana menyindir Sultan Mahmud yang tidak memberikan daerah untuk dia mendapatkan harta sehingga dia menjadi pembesar yang paling miskin. Sebagai protes terhadap perbuatan Sultan Mahmud itu, Seri Udana enggan mengadap Sultan.

2.4              TATABAHASA DALAM SEJARAH MELAYU
Tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripada kata ‘grammar’. Perkataan ‘grammar’ berasal daripada bahasa Greek, yang makna asalnya ialah ‘satu seni bacaan dan penulisan’. Arbak Othman (1981) menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan-peraturan sistem pengucapan inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Terdapat beberapa jenis tatabahasa berdasarkan konsep dan cirinya iaitu tatabahasa sejarawi, tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural atau tatabahasa deskriptif dan tatabahasa transformasi generatif. Unit-unit bahasa dalam analisis tatabahasa terdiri daripada perkataan, frasa, klausa dan ayat. Tatabahasa merangkumi aspek morfologi dan sintaksis.
            Sejarah Melayu boleh dikategorikan sebagai tatabahasa sejarawi kerana penelitian yang dilakukan dengan melihat perubahan yang berlaku pada sesuatu bahasa daripada pelbagai aspek seperti struktur, perbendaharaan kata, ejaan di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan-perubahan itu. Dalam konteks Sejarah Melayu struktur ayat dalam teks tersebut berbeza dengan struktur ayat yang digunakan pada masa kini.   
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu terdapat empat cara pembentukan kata iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Proses pengimbuhan merupakan proses utama pembentukan kata dalam Sejarah Melayu. Ciri sesuatu kata boleh menerima imbuhan per- dan ber- bukanlah merupakan ciri-ciri bahasa Melayu moden. Pengimbuhan per- dan ber- dengan makna yang sama jelas memperlihatkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Bentuk yang dilihat dalam pengimbuhan ini menunjukkan bahawa bahasa dalam Sejarah Melayu adalah dalam proses transisi, iaitu daripada bentuk klasik perlahan-lahan akan berubah kepada bentuk bahasa Melayu moden. Berikut merupakan contoh imbuhan per- dan ber- yang didapati dalam teks Sejarah Melayu:         
           
Per-
Ber-
Makna
(di)perbuat(kan/lah/nya)
berbuat(lah)
membuat
pertuan(kan)
bertuan(kan)
memilih seseorang sebagai tuan
(di)permain(lah)
bermain
bermain
dipersalin(nya)
bersalin
menukar pakaian
diperhamba(lah)
berhamba
menjadi hamba
dipersembah(kan)
bersembah(kan)
menunjukkan
diperisteri
beristeri(kan)
menjadikan isteri
diperkhabar(kan)
berkhabar(kan)
memberi khabar


Seterusnya penggandaan dalam teks Sejarah Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakt Melayu. Dua bentuk penggandaan yang terdapat dalam Sejarah Melayu ialah penggandaan penuh dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh dibahagikan kepada penggandaan penuh berimbuhan dan kata ganda penuh tak imbuhan. Antaranya yang terdapat dalam teks ialah :
(a)    Penggandaan penuh
-       Penggandaan penuh berimbuhan : bau-bauan, beramuk-amukan, diberani-beranikan, sebaik-baik, sehari-hari, berseru-seru, dimasuk-masukkan, berjaga-jaga, menjerit-jerit, berkata-kata, bertembak-tembakan, beribu-ribu, berkasih-kasihan, bunyi-bunyian, adap-adapan, berang-menyeberang, berselang-selang, berkata-kata, bersama-sama, mudah-mudahan.

-       Penggandaan penuh tak imbuhan : raja-raja, muda-muda, besar-besar, biri-biri, baik-baik, kadang-kadang, dayang-dayang, laki-laki, kata-kata, kaya-kaya, naga-naga, pegawai-pegawai, wazir-wazir, menteri-menteri, selaku-selaku, ari-ari,tuan-tuan, patik-patik, indah-indah, barang-barang.

(b)   Penggandaan berentak
Misalnya : Cerai-berai, sayur-mayur, gelang-gemilang, rujung-kayang, gegak-gempita
            Proses pemajmukan dalam Sejarah Melayu terdapat dua bentuk iaitu satu ditulis terpisah dan satu lagi dirapatkan. Antara kata-kata yang dirapatkan :
            Dukacita                      Sukacita                       Jurubahasa                 Orangtua
            Hulubalang                 Bijaksana                    Singgahsana                Orangkaya
            Manakala contoh kata-kata majmuk yang terpisah :
            Anak cucu                               Dahulu kala                            Pecah belah
            Tanah besar                            Tuan hamba                            Tempik sorak
Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa proses pengimbuhan merupakan proses utama dalam pembentukan kata Sejarah Melayu edisi Shellebear. Proses ini diikuti dengan proses pemajmukan dan seterusnya proses penggandaan
            Sintaksis pula merupakan ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga membawa maksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, klausa terbentuk daripada frasa dan frasa terdiri daripada perkataan. (Nik Safiah Karim, 1996). Za’ba (1953) pula mendefinisikan ayat itu ialah apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi faham, terjadi daripada benda dan cerita dari hal benda itu
Apabila membincangkan jenis ayat dalam Sejarah Melayu, Awang Sariyan menyatakan bahawa Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin mempunyai kecenderungan menggunakan ayat majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transfomasi satu dasar” (Kang Kok Sok, 1995)
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1996) ayat majmuk terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Dalam Sejarah Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang hadir secara bersendirian dan ayat majmuk gabungan yang hadir dalam konteks ayat majmuk campuran. Dalam Sejarah Melayu terdapat ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang disambung dengan kata-kata hubung dan, lalu, serta, lagi dan tetapi. Contoh ayat:
“Maka puan dan segala alat kerajaan dan gendang semuanya diarak dahulu ke masjid” (halaman 60)
“Maka baginda pun menganugerah Tun Telanai dan Menteri Jana Putra dengan selengkapnya serta puji baginda akan Menteri Jana Putra itu. (halaman 97)
“Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan terlalu baik rupanya, tetapi matanya ada juling sedikit” (halaman 70)
“Setelah hari raya kecil atau besar, maka Bendahara dan segala orang besar-besar masuk berkampung ke dalam” (halaman 60)


Seterusnya ayat majmuk pancangan ialah binaan yang terdiri daripada satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim et al. 1996). Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat pancangan yang ditentukan oleh struktur dan fungsi tiap-tiap ayat yang dipancangkan itu iaitu ayat majmuk pancangan relatif,  ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.
            Ayat majmuk pancangan relatif tidak banyak terdapat dalam Sejarah Melayu. Manakala ayat majmuk pancangan komplemen ditandai kata hubung bahawa dan untuk. Terdapat satu ayat induk dan ayat kecil yang dinamakan ayat komplemen. Dalam Sejarah Melayu ayat komplemen merupakan ayat pancangan yang lebih kerap kehadirannya berbanding ayat majmuk pancangan relatif. Ayat komplemen FN dan FK digunakan dalam teks Sejarah Melayu. Misalnya ayat komplemen FK Tak Transitif:
            “Maka Patih Aria Gajah Mada pun bermohonlah keluar”. (halaman 85)
Ayat di atas telah mengalami pengguguran kata komplemen untuk. Stuktur dasarnya ialah:
“Maka Patih Gajah Mada pun bermohonlah [untuk] Patih Aria Gajah Mada keluar”. (halaman 85)
Manakala ayat komplemen FN  objek yang berstruktur pasif.  Terdapat ayat komplemen FN objek dalam Sejarah Melayu iaitu ayat komplemen FN objek yang mengikuti kata kerja transitif secara langsung. Contoh ayat:
(a)   “Maka Maharaja Dewa Sura pun [menyuruh] KK [minta nasi pada perempuan tua itu.]” A1 (haalman 75)


Struktur dasar ayat tersebut ialah :
(b)   “Maka Maharaja Dewa Sura pun [menyuruh] KK [supaya[ FN minta nasi pada perempuan tua itu. ]” A2
Transformasi pengguguran unsur sama, iaitu FN dalam A2 menghasilkan struktur peralihan yang berikut :
(c)    “Maka Maharaja Dewa Sura pun [menyuruh] KK FN  [supaya [ minta nasi pada perempuan tua itu. ]” A2
            Kemudian berlaku transformasi pengguguran FN objek A1. Kata komplemen supaya juga digugurkan kerana tanpa kehadirannya, ayat c tetap gramatis dan utuh maknanya. Dengan ini, terhasillah struktur permukaan sebagaimana  yang ada pada ayat a. Penggguguran FN objek A1 membolehkan ayat komplemen berfungsi sebagai objek langsung kepada Kata kerja transitif ayat induk.
            Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa pengarang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Ayat yang gramatis, indah dan mempunyai struktur bahasa yang baik membuatkan pembaca bersama-sama menghayati peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam Sejarah Melayu.

2.5              PENGARUH BAHASA LAIN DALAM SEJARAH MELAYU

“Sastera di dalam bahasa Melayu ini amatlah cosmopolitan sifat-nya, iani adalah bayangan daripada sifat cosmopolitan Selat Melaka itu sendiri …Sastera Melayu lama ini adalah segala-galanya tetapi bukan Melayu! Sastera Melayu lama, adalah campuran nikmat berbagai penyesuaian dan pengaruh daripada sastera India, Parsi, Arab dan Jawa…” (Ismail Hussen, 1974)

Dalam konteks zaman, Sejarah Melayu menjadi salah satu teks klasik yang mengandungi pengaruh bahasa lain antaranya bahasa Arab, bahasa Parsi, bahasa Sanskrit, bahasa Siam dan bahasa Jawa. Pengarang Sejarah Melayu memasukkan banyak kata-kata dan bidalan asing di dalam teks Sejarah Melayu
Apabila diteliti bahasa dalam Sejarah Melayu, kita dapati bahawa pengarang Sejarah Melayu adalah seorang yang mahir dalam bahasa Arab. Dengan demikian beliau dapat menggunakan sumber-sumber yang ditulis dalam bahasa Arab daripada pedagang-pedagang atau mubaligh-mubaligh yang datang dari Arab dan India. Ini terbukti apabila pengarang dengan mudah membawa petikan-petikan daripada Al-Quran, hadis dan berbagai-bagai lagi kitab Arab. Pengarang Sejarah Melayu juga tentunya seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama Islam.
Mukadimah Sejarah Melayu mengandungi pernyataan berselang seli dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu yang memuji Allah S.W.T dan menegaskan kekuasaan-Nya, serta menyatakan kisah permulaan penciptaan makhluk. Contoh petikan adalah seperti berikut:
Bi-‘smillahi’r-rahmani’r-rahim
AL-HAMDU li’llahi’l-ladzi la ilaha illa huwa, wa kana fi’l-azali wa la shay’a ma’ahu. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang tiada Tuhan hanya Ia, dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu juapun sertaNya. Wa huwa ‘I-abadiyyu ‘I-sarmadiyyu wa la shay’a ba’dahu.  Thumma khalaqa’l khala’iqa wa la hajata lahu. Dan ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adanya, dan tiadanya, dan tiada hajat bagiNya. Wa lamma arada ishara rub-buiyyatihi fa-khalaqa nura habihi; wa min dzalika ‘l-nuri khalaqa ‘l-anbiya’s wa fara’a rutbatahu. Maka tatkala Ia hendak menyatakan ketahuannya, maka dijadikanNya nur kekasihNya, dan daripada nur itulah dijadikan segala anbiak, dan diperangkatnya martabatnya…”          (halaman 1)
Maka fakir namai hikayat itu Sulalatu ‘l-Salatin, yakni peraturan segala raja-raja. Hadzihi duraru ‘l-lakhbar wa ghuraru ‘l-amthal, inilah mutia segala cetera dan cahaya segala peri umpamaan. Maka barangsiapa membaca dia jangan dibicarakan dengan sempurna bicara; kerana hikayat ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi Salla ‘llahu; yakni bicarakan olehmu pada segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada dzat Allah.(halaman 3)
                                                                                                                                               
            Penggunaan bahasa Arab mendominasi keseluruhan teks Sejarah Melayu. Syair Arab juga terdapat dalam cetera yang ketigapuluh tiga apabila Sultan melihat rupa Tun Fatimah, baginda terpikat akannya. Syair itu berbunyi berikut:
            “Ma yarji’u ‘t-tarfu ‘anha ‘inda ru’ yatiha,    Hatta yu ‘adu ilaiha ‘t-tarfu musytaqan” (Maksudnya : Yakni tiada akan berkelip kelopak mata, makin bertambah-tambah dendam jua, adanya). (halaman 189)
            Pengaruh Parsi mula merebak dalam masyarakat Melayu terutama dalam soal penghidupan, adat istiadat raja-raja Melayu, bahasa dan juga agama. Keadaan ini terbukti apabila banyak hasil kesusasteraan disadur dari cerita-cerita parsi. Dalam istiadat raja-raja Melayu, semenjak Sultan Iskandar Shah hinggalah ke zaman kini, raja-raja Melayu masih mengekalkan gelaran “Shah” suatu gelaran yang berasal dari Parsi.
            Antara perkataan-perkataan Parsi yang digunakan ialah istana, dewan, bakhshish, lashkar, shahbandar, nobat (perkataan Parsi nau-bat), termasuklah juga alat-alat nobat seperti nafiri dan rebab ialah daripada bahasa Parsi. Selain itu beberapa perkataan Parsi yang masih kekal sehingga kini seperti saudagar, nakhoda, kelasi, gandum, anggur, badam dan nama jenis-jenis senjata seperti chokmar, khanjar dan samsir.
            Aliran gaya karangan Parsi pada kesusasteraan Melayu juga boleh diperhatikan pada permulaan buku Sejarah Melayu naskhah Shellabear yang bercorak atau mencontohi aliran bentuk Mathnawi (Mesnewi), sejenis syair Parsi yang ditujukan bagi memuji-muji Allah dan rasulnya sebagai mukadimah. Kemudian diikuti dengan menyebut salasilah keturunan orang besar, lazimnya sultan yang menghuraikan punca mengapa karya itu dihasilkan, sama ada dorongan permintaan atau kehendak seorang sahabat. Permulaan kata dalam buku Sejarah Melayu, dimulai dengan pelbagai pujian bagi Allah dan Rasulnya dalam bahasa Arab dan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Shelleaber menulis demikian:
“…pada suatu masa bahwa fakir duduk pada suatu majlis dengan orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain, maka  berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadat-nya supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya.”(halaman 2)

Setelah itu barulah pengarang memperkenalkan namanya dengan berkata :

“ Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota faqir alladzi huwa murakkabun ‘ala ‘l-jahli Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannya, Paduka Raja gelarannya Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja…(seterusnya  diterangkan susur galur keturunannya hingga kepada baginda Mani Purindan serta nama negeri asal)(halaman 2)

Kemudian pengarang menerangkan peristiwa yang menguatkan lagi kemahuannya mengarang buku dengan menyebutkan pula tarikh mengarang, tahun, hari, bahkan sehingga saat ketikanya:
Demikian katanya:Tatkala hijratu ‘L-nabiyyi salla ‘llahu ‘alayhi wa sallama, seribu duapuluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada duabelas haribulan Rabbiul-Awwal, kepada hari Khamis, waktu ‘adduha, pada ketika Syamsu, pada zaman kerajaan marhum yang mangkat di Acheh, Sultan ‘Ala’u ‘d-din Ri’ayah Shah zillu’llahi fi’l-alam, anak Sultani ‘I-ajalli ‘Abd il-Jalil Shah…(seterusnya titisan keturunan baginda sehingga kepada Sultan Mudzaffar Shah)(halaman 2).

Setelah itu barulah disebutkan nama orang besar yang ditujukan usahanya itu:

“Sedang baginda bernegeri di Pasai, dewasa itulah datang Raja Dewa Said kepada hamba Seri Nara Wangsa yang bernama Tun Bambang, anak Seri Akar Raja Petani, menjunjungkan titah Yang Dipertuan di Hilir, Sultan ‘Abdullah Ma’ayah Shah, ibni I-Sultani ‘I-ajalla ‘Abdi ‘L-Jalil Syah…”

Demikian bunyi titah yang maha mulia itu,’Bahwa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu, syahdan beroleh faedahlah ia daripadanya.” (halaman 2)

Selain bahasa Arab dan bahasa Parsi, pengarang juga menggunakan bahasa Jawa untuk menceritakan kerajaan Majapahit . Contoh berdasarkan teks adalah seperti dibawah:
Maka segala anak periai itupun melawan maka habis mati dibunuh orang, serta mati seorang diberi orang tahu pada Patih Adam, ‘Pengeran, si anu sampun pejah. Maka sahut Patih Adam, ‘Dimenei’, ertinya, Biarkanlah.’
Dengan demikian keempatpuluhnya habis mati dibunuh orang. Maka diberi orang tahu Patih Adam, sekaliannya, ‘Kabih sampun pejah.’
Maka sahut Patih Adam, ‘Dimene kang sampun pejah kabih isun putra dalam iki belane sunpadani. Ertinya, Biarnyalah habis mati semuanya, akan aku anak orang ini pun padalah.’ (halaman159 )

            Pengarang juga memasukkan pantun dan nyanyian dalam bahasa Jawa. Pengarang menggunakan istilah Jawa dalam nama nyanyian dan tarian Jawa serta alat-alat muzik. Kebolehannya dalam bahasa Jawa diperlihatkan dalam beberapa ayat yang ditimbulkan untuk mempersendakan wanita-wanita Jawa yang terpesona dengan ketokohan dan ketampanan Hang Tuah. Contoh pantun Jawa adalah seperti di bawah:
            “Onya suruh tanggapana penglipur; saben dina katon perandene duka ugi.
Yakni : Ini sirih sambut olehmu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat, sungguh demikian pun rindu juga.
Iwer sang rara kabih dene laksamana lumaku-lumaku penjurit ratu Melayu.
Sabur segala anak dara-dara melihat laksamana berjalan, hulubalang raja Melaka.”(halaman 88)

Manakala contoh nyanyian dalam bahasa Jawa adalah seperti berikut:
            “Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha.
Ertinya: Gempar orang di atas panggungan sebab melihat Sangka Ningrat datang itu, hulubalang ratu Daha.” (halaman 89)

Jadi, daripada perbincangan yang di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa pengarang Sejarah Melayu mempunyai kepandaian dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Melayu dan bahasa Arab.  Ini bertepatan dengan kata-kata Winstedt (1969) yang mempercayai pengarang Sejarah Melayu berpengetahuan dalam pelbagai bahasa. 





3.0       KESIMPULAN

Daripada perbincangan yang telah dilakukan ke atas teks Sejarah Melayu ini dapatlah disimpulkan bahawa bahasa yang diguna amat indah dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca atas nasihat-nasihat dan cerita-cerita yang boleh dijadikan teladan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdullah Munsyi yang menyatakan kepentingan Sejarah Melayu bukanlah terletak pada maklumat sejarah yang terkandung di dalamnya tetapi pada bahasanya yang patut dijadikan contoh oleh semua orang yang mahu mempelajari bahasa Melayu yang betul dan halus.  Tidak hairanlah teks Sejarah Melayu ini telah dicetak sebanyak tiga kali dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Justeru, Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya sastera yang amat termasyhur dalam kalangan rakyat negara kita.  Sejarah Melayu bukan sahaja berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa Melayu yang penuh dengan kehebatan dan pencapaian, bahkan berjaya memaparkan penggunaan bahasa Melayu yang begitu baik dan berkesan.
           














3.0              REFLEKSI
Pemikiran  reflektif ialah penelitian dan pemahaman yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada penelitian tersebut. Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh tokoh-tokoh seperti Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987). Fokus refleksi adalah berkaitan dengan pembelajaran daripada pengalaman, proses yang dipandukan oleh data yang ada, amalan atau tingkah laku pengajaran, hasil, akibat, kesan pembelajaran, kepercayaan, pegangan andaian, serta kewajaran dan kerasionalan.
Refleksi bermula dengan bisikan hati dan rasa. Pada mulanya, apabila mendengar akan tajuk tugasan ini penulis berbisik di dalam hati, mampukah untuk melaksanakan tugas ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana penulis merasakan bahawa tentu agak sukar untuk melakukannya kerana Sejarah Melayu merupakan sebuah karya agung dan warisan cendekia Melayu yang penting. Justeru, tentu memerlukan masa yang agak lama untuk memahami bahasa yang digunakan dalam teks Sejarah Melayu tersebut dan menganalisisnya.  Namun, apabila penulis mendengar dan melihat kegigihan dan kesungguhan pensyarah memperjuangkan sastera terutama Sejarah Melayu, penulis kembali bersemangat untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan dapat memenuhi kehendak pensyarah.
Seterusnya, penulis mula merancang strategi untuk melakukan tugasan. Pencarian teks utama iaitu Sejarah Melayu edisi Shellabear terbitan Fajar Bakti bermula. Proses mencari buku dilakukan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Setelah mendapat teks utama Sejarah Melayu, penulis mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk memantapkan penulisan ini. Artikel-artikel dan kajian –kajian mengenai Sejarah Melayu dan bahasa Melayu dibaca dan dianalisis sebaik mungkin. Penulis menganalisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. Dalam proses ini penulis menitikberatkan penerokaan domain afektif, spiritual dan pemikiran dalam tindakan untuk mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.
            Proses mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari adalah sesuatu yang sukar. Menurut pandangan penulis, ilmu merupakan sesuatu yang penting kepada insan yang bernama manusia. Dengan ilmu seseorang itu akan selamat dalam mengharungi kehidupannya samada di dunia mahupun di akhirat. Ilmu mengeluarkan seseorang itu daripada kegelapan kepada cahaya. Di dalam Islam Baginda S.A.W sendiri telah menyebut secara jelas bahawa kepentingan pembelajaran kepada seseorang itu bukan sekadar sepanjang hayat malah sehingga ke akhirat dan disediakan syurga kepada penuntut ilmu. Sabda Rasulullah S.A.W:
            Sesiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan
            Permudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga.

 (Riwayat al-Tarmizi, 2007: 9 : 243)
            Untuk menyakinkan diri penulis dalam melakukan sesuatu yang di luar bidang, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia mesti bermula dari awal kehidupan. Ilmu pengetahuan yang ditimba dan pengalaman-pengalaman hidup yang dilalui banyak membantu proses kehidupan penulis dalam membentuk keyakinan diri. Keyakinan diri kerana berilmu juga menjadikan seseorang itu boleh dibawa ketengah ketepi. Dalam peribahasa berbunyi, benih yang baik itu, hanyut ke laut menjadi pulau, tercampak ke darat menjadi bukit. Ertinya boleh hidup di mana-mana dan ia diperlukan dalam kehidupan orang lain.
Apabila melakukan tugasan ini, penulis merasakan keterbukaan minda dan fikiran yang agak ketara kerana sering memikirkan strategi terbaik untuk menganalisis teks Sejarah Melayu. Dalam hal ini, kesungguhan dan kesabaran amat diperlukan untuk memahami setiap perkataan dan ayat yang tertera. Ternyata setiap cerita dari 1-34 mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan penulis dapat memahami dengan baik  walaupun penulis mengambil masa yang agak lama untuk memahami teks ini. Tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pelajar untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan memberi motivasi yang tinggi kepada penulis.
Hasil daripada refleksi yang didapati oleh penulis ialah kewujudan kefahaman baru berkaitan isi kandungan Sejarah Melayu yang mengandungi banyak maklumat tentang perdagangan, sosiobudaya dan sistem politik Kerajaan Melaka yang ditulis menurut kaca mata orang tempatan serta juga orang istana. Penulis juga menyedari  kepentingan mengkaji Sejarah Melayu kerana ia merupakan satu sumber yang kaya untuk menggali pengetahuan kebudayaan masyarakat Melayu. Berdasarkan pandangan sarjana, Mohd Taib Osman, Sejarah Melayu boleh dianggap sebagai dokumen kebudayaan.
Segala perasaan dan keinsafan menyelubungi penulis kerana pada pandangan penulis kebanyakan masyarakat kini semakin meminggirkan sastera terutama dalam mengkaji Sejarah Melayu secara kritis dalam pelbagai aspek. Justeru, secara tidak langsung ini telah mengubah persepsi penulis bahawa sastera amat perlu dititik beratkan terutama di kalangan pelajar-pelajar. Terdapat banyak nasihat dan nilai-nilai moral yang boleh diikuti oleh generasi muda terkandung dalam Sejarah Melayu. Sesungguhnya, proses menyiapkan tugasan ini member seribu satu makna kepada penulis. Banyak ilmu yang diperolehi dan dipelajari dari permulaan sehinggalah selesainya tugasan ini. Pengalaman sebagai pelajar dalam menyiapkan tugasan Sejarah Melayu ini, adalah kenangan yang terindah dalam hidup penulis.  

Disediakan oleh,

……………………………..
(HAMIDAH BINTI AHMAD)
651113-02-5896
             









RUJUKAN

A. Aziz Deraman. 2001. Bahasa Asas Pembinaan Tamadun Bangsa. Kuala Lumpur: DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).
Abdullah Hassan. 1991. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. 1991. Bahasa Melayu Abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqaid al-Nasafi. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 1992. Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbak Othman. 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.
Selangor: Masa Enterprise.

Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbai'yah Mohd Noor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Kok Sok. 1995. Gaya Bahasa Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lyons, John. 1992. Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi).

Mangantar Simajuntak. 1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. USM: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Muhammad Yusuf Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur : DBP.

Munir Ali. 1990. Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik. Petaling Jaya: Flo Enterprise.

Mohd. Taib Osman. 1965. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad.
Noresah Baharom et al. (Ed.). 2005. Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.     

Nik Safiah Karim et al. (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parke, F. 1994. Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah : Raja Rahawani Raja Mamat).

Shellabear, W.G. 1991. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Saussure, F. 1993. Pengantar Linguistik Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: Ajid Che Akob).

Winstedt, A. 1969. A History of Classical Malay Literature. …..

Zalila Sharif dan Jamilah Hj Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. 1996. Bahasa: Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh Penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



















LAMPIRAN




















LAMPIRAN 1
KANDUNGAN SEJARAH MELAYU
Cerita 1
1.1              Raja Iskandar Zulkarnain mengalahkan Raja Kida Hindi.
1.2              Raja Kida Hindi masuk Islam syariat Nabi Ibrahim.
1.3              Puteri Syahrul Bariyah berkahwin dengan Raja Iskandar
1.4              Nabi Khidzir menikahkan mereka.
1.5              Raja Iskandar meneruskan penaklukan.
1.6              Puteri Syahrul Bariyah mendapat anak Raja Aristun Syah.
1.7              Keturunan Raja Aristun Syah hingga Raja Suran.
1.8              Raja Suran menakluk Gangga Negara dan Ganggayu.
1.9              Helah Raja China mengelak daripada serangan Raja Suran.
1.10          Raja Suran masuk dalam laut, sampai ke negeri Dika.
1.11          Orang negeri Dika ialah kaum Bersam rajanya Aftabul Ard
1.12          Raja Suran berkahwin dengan Putri Mahtabul Bahri.
1.13          Mereka mendapat tiga orang putera.
Cerita 2
2.1              Negeri Palembang diperintah oleh Demang Lebar Daun
2.2              Wan Empuk dan Wan Malini berhuma di Bukit Siguntang
2.3              Putera-putera Raja Suran dalam laut ialah Nila Pahlawan, Kerisnya Pendita dan Nila Utama
2.4              Raja Aftabul ‘Ard hantar ketiga-tiga cucunya itu ke dunia
2.5              Anak raja tiga orang itu naik lembu putih
2.6              Mereka sampai ke dunia, ke Bukit Siguntang
2.7              Bat (asal muntah lembu) kahwinkan Wan Empuk dan Wan Malini
2.8              Dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita
2.9              Nila Utama (Sang Sapurba) kahwin dengan Wan Sendari
2.10          Wa’ad di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
2.11          Sang Sapurba jadi raja Palembang, Demang Lebar Daun jadi Mangkubumi
2.12          Kanak-kanak perempuan daripada buih dinamakan Putri Tanjung Buih
2.13          Sang Sapurba mendapat empat anak yang lelaki bernama
2.14          Sang Maniaka dan Sang Nila Utama
2.15          Perhubungan di antara negeri China dan Palembang
2.16          Perhubungan di antara Majapahit dan Palembang
2.17          Sang Sapurba melawat Bentan
2.18          Sang Nila Utama berkahwin dengan Wan Seri Beni (Bentan)
2.19          Sang Nilai Utama jadi raja Bentan, ia tinggal dengan Demang Lebar Daun (neneknya)
2.20          Sang Sapurba membunuh ular saktimuna dan menjadi raja Minangkabau.

Cerita 3
3.1       Sang Nila Utama bermain-main ke Tanjung Bemban
3.2       Dari atas satu batu ia melihat Temasik
3.3       Dalam pelayaran ke Temasik, kena rebut, mahkota dibuang ke laut baru selamat
3.4       Di Temasik mereka melihat Singa
3.5       Sang Nila Utama namakan Temasik itu Singapura
3.6       Sang Nila Utama jadi raja Singapura bergelar Seri Tri Buana

Cerita 4
1.1              Sri Teri Buana kahwinkan anakandanya
1.2              Raja Kecil Besar dengan Putri Nila Pancadi dari Benua Keling
1.3              Raja Kecil Muda berkahwin dengan cucu Demang Lebar Daun
1.4              Sri Teri Buana mangkat
1.5              Raja Kecil Besar jadi raja Singapura bergelar Paduka Seri Pikrama Wira
1.6              Raja Kecil Muda jadi Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar
1.7              Bermula adat kerajaan Singapura

Cerita 5
5.1       Majapahit menghantar bingkisan “subang” ke Singapura
5.2       Raja Singapura menyuruh Pawang Bentan mencukur rambut seorang budak dengan beliung
5.3       Berlaku peperangan di antara Majapahit dan Singapura
5.4       Singapura menang
5.5       Seri Pikrama Wira mangkat gantinya Seri Rana Wira Kerma
5.6       Tun Perpatih Permuka Berjajar mati gantinya Tun Perpatih Tulus
           

Cerita 6
6.1       Di Salung, Badang beroleh gagah kerana makan muntah hantu
6.2       Badang dijemput oleh raja Singapura dijadikan Raden
6.3       Badang memungut ulam
6.4       Badang menyurung pelang raja Singapura
6.5       Badang mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama pahlawan Keling
6.6       Badang menang lawan tindih paha dengan Benderang dari Perlak.
6.7       Badang mati, raja Keling kirimkan nisan untuk kuburnya.

Cerita 7
7.1       Hikayat Raja Pasai
7.2       Merah Silu menahan lukah dapat gelang-gelang
7.3       Direbus jadi emas dan perak
7.4       Merah Caga abang Merah Silu dari tempat
7.5       Merah Silu tinggal di Rmba Jerun
7.6       Merah Silu buka negeri Semudra (semut besar)
7.7       Rasullullah bersabda suruh sahabat-sahabat Islamkan Samudra
7.8       Syarif Mekah hantar Syekh Ismail ke Semudra
7.9       Syekh Ismail belayar ke Semudra, singgah di Muktabar
7.10     Mengambil rajanya menyamar sebagai fakir Muhamad
7.11     Syekh Ismail Islamkan Lamiri dan Haru
7.12     Fakir Muhamad Islamkan Merah Silu
7.13     Merah Silu bermimpi berjumpa Rasullullah
7.14     Merah Silu dapat membaca Al-Quran
7.15     Syekh Ismail melantik Merah Silu menjadi raja Samudera bergelar Sultan Malikus Saleh
7.16     Seri Kaya bergelar Sidi Ali Ghiyathuddin
7.17     Bawa Kaya bergelar Sidi Ali Hisamuddin
7.18     Syekh Ismail balik ke Mekah, Fakir Muhamad tinggal di Semudra mengajar agama Islam
7.19     Sultan Malikus Saleh berkahwin dengan Puteri Genggang Perlak
7.20     Dapat dua putera: Sultan Malikut Tahir dan Sultan Malikul Mansur
7.21     Sultan Malikus Saleh membuka negeri Pasai
7.22     Sultan Malikut Tahir jadi raja Pasai
7.23     Sultan Malikus Saleh gering, ia membuat wasiat
7.24     Sultan Malikul Mansur jadi raja Semudra


Cerita 8
8.1       Awi Dicu menawan raja Semudra (Malikut-Tahir)
8.2       Raja Syahrun Nuwi menjadikan raja Semudra gembala ayam
8.3       Sidi Ali Ghiyathuddin mengambil balik rajanya dengan helah

Cerita 9
9.1       Sultan Malikul Mansur Semudra hendak pergi ke Pasai
9.2       Sidi Ali Hisamuddin melarang tetapi tidak dipedulikan
9.3       Ia mengambil seorang dayang-dayang abangnya (Malikut Tahir)
9.4       Malikut Tahir buat majlis (kerjakan) anakanda Sultan Ahmad
9.5       Sultan Malikul Mansur ditangkap
9.6       Sidi Ali Hisamuddin dibunuh
9.7       Tiga tahun kemudian Sultan Malikul Mansur dibunuh
9.8       Ia jemput Sultan Malikul Mansur balik ke Samudra
9.9       Dalam perjalanan pulang Sultan Malikul Mansur mati di Padang Maya (atas
            Kubur Sidi Ali Hishamuddin)
9.10     Sultan Malikul Tahir menyesal, ia turun takhta
9.11     Pasai diperintah oleh Sultan Ahmad
9.12     Sultan Malikul Tahir sakit. Ia member wasiat kepada Sultan Ahmad.



Cerita 10 : Alamat akan binasa Negeri Singapura

10.1     Tun Jana Khatib amal ilmu Khayallillah Tauhid Duabelas Alam
10.2     Bila raja perempuan melihatnya, ia memandang pohon pinang, belah dua pohon
            Pinang itu
10.3     Raja Singapura, Paduka Seri Maharaja marah
10.4     Tun Jana Khatib dihukum bunuh
10.5     Todak menyerang Singapura
10.6     Rakyat berkubu betis, ramai yang mati
10.7     Seorang budak mencadangkan batang pisang sebagai kubu
10.8     Todak dapat dibunuh
10.9     Paduka Seri Maharaja membunuh budak itu kerana ia cerdik
10.10   Paduka Seri Maharaja mangkat gantinya Raja Iskandar Syah
10.11   Raja Iskandar Syah bunuh/sula gundiknya anak Sang Rajuna Tapa
10.12   Sang Rajuna Tapa belot, ia minta Majapahit serang Singapura
10.13   Majapahit mengalahkan Singapura
10.14   Raja Iskandar lari ke Seletar dan terus ke Muar
10.15   Sang Rajuna Tapa jadi batu
10.16   Askar Majapahit pulang ke Majapahit


Cerita 11
11.1     Raja Iskandar sampai ke Muar, Peristiwa “Biawak Busuk”
11.2     Raja Iskandar berpindah ke “Kota Buruk”
11.3     Raja Iskandar sampai ke Bertam
11.4     Raja Iskandar membuka negeri Melaka (Di Singapura Raja Iskandar 32 tahun di
            Melaka 3 tahun, ia mangkat)
11.5     Raja Besar Muda jadi raja Melaka, ia adakan adat istiadat balai
11.6     Raja Kecil Besar jadi raja Melaka, ia diislamkan oleh Rasullullah melalui mimpi
11.7     Sayid Abdul Aziz dari Judah mengislamkan Melaka
11.8     Raja Kecil Besar bergelar Sultan Muhammad Syah
11.9     Sultan Muhammad Syah mengadakan adat istiadat raja
11.10   Luas Melaka;ke Barat hingga Beruas Ujung Karang,ke Timur hingga
            Terengganu
11.11   Saudagar-saudagar Arab menamakan Malakat (Perhimpunan Segala Dagang)


Cerita 12
12.1     Mani Purindan anak raja negeri Pahuli di Benua Keling datang ke Melaka
12.2     Mani Purindan berkahwin dengan Tun Rana Sandari anak Seri Nara Diraja
12.3     Dapat anak dinamakan Tun Ali dan Tun Wati
12.4     Tun Wati kahwin dengan Sultan Muhammad Syah dapat Raja Kasim
12.5     Sultan Muhammad Syah kahwin anak Raja Rekan dapat Raja Ibrahim
12.6     Raja Ibrahim jadi Raja Muda, Raja Kasim jadi nelayan
12.7     Sultan Muhammad Syah mangkat
12.8     Raja Ibrahim bergelar Sultan Abu Syahid
12.9     Ia kecil, jawatan Sultan dipangku oleh Raja Rekan
12.10   Pembesar Melaka marah pada Raja Rekan
12.11   Maulana Jalaluddin menolong Raja Kasim rebut kuasa
12.12   Pemberontakan Kasim
12.13   Raja Rekan dibunuh, sebelum dibunuh, ia membunuh Sultan Abu Syahid
12.14   Raja Kasim jadi raja Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah
12.15   Ia membuat undang-undang Melaka
12.16   Seri Wak Raja jadi Bendahara tetapi Seri Nara diraja yang disayangi Sultan
12.17   Seri Wak Raja mati makan racun kerana malu
12.18   Seri Nara Diraja jadi Bendahara
12.19   Anak Bendahara Seri Wak Raja ialah Tun Kudu dan Tun Perak
12.20   Tun Kudu jadi isteri Sultan Muzaffar Shah
12.21   Tun Perak jadi Penghulu Kelang

Cerita 13
13.1     Sultan Melaka tidak mahu menyembah Siam
13.2     Siam menyerang Melaka dari darat, Panglimanya Awi Cakri
13.3     Tun Perak bawa askar Kelang dengan anak isterinya
13.4     Siam tewas kerana tipuhelah Tun Perak
13.5     Tun Perak dinaikkan pangkat Bentara
13.6     Seorang Kelang mengadu ia dianiaya oleh Tun Perak
13.7     Tun Perak dinaikkan pangkat Perdana Menteri
13.8     Tun Perak bergelar Paduka Raja
13.9     Wujud dua kumpulan; Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
13.10   Sultan menyelesaikan sengketa itu dengan cara:
            Isterinya Tun Kudu (adik Paduka Raja) dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja
13.11   Tun Perak jadi Bendahara bergelar Paduka Raja
13.12   Siam menyerang Melaka melalui jalan laut
13.13   Bendahara Paduka raja mengalahkan Siam dengan “punting api”
13.14   Sidi Arab membunuh Cau Pandan dengan “panah hikmat”
13.15   Sultan Muzaffar Syah memerintah selama 42 tahun, ia mangkat
13.16   Gantinya Raja Abdullah bergelar Sultan Mansur Syah (27tahun)
13.17   Melaka dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah
13.18   Bendahara Paduka Raja menakhluk Pahang
13.19   Seri Bija Diraja menawan raja Pahang Maharaja Dewa Sura
13.20   Seri Bija Diraja jadi Penghulu Pahang
13.21   Sultan Mansur menyuruh anak tuan-tuan belajar berbagai ilmu
13.22   Utusan Melaka ke Siam, ketuanya Tun Telanai
13.23   Bendahara Paduka Raja mengarang surat untuk raja Siam
13.24   Di Siam, orang Melaka membantu Siam dalam peperangan
13.25   Siam bersahabat dengan Melaka



Cerita 14
14.1     Di Majapahit, Puteri Wi Kesuma berkahwin dengan Kimas Jiwa.
            Dapat Raden Galuh Cendera Kirana
14.2     Sultan Mansur kahwin dengan Galuh Cendera Kirana di Majapahit
14.3     Bendahara Paduka Raja mentadbir Melaka
14.4     Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya pergi ke Majapahit
14.5     Hang Tuah membunuh Jawa demam dengan golok sunda
14.6     Tun Bija Sura “menghalau” anjing ratu Majapahit
14.7     Hang Jebat dan Hang Kasturi mencerubuh Balai Larangan Ratu Majapahit
14.8     Hang Tuah sangat dikagumi oleh orang Jawa
14.9     Tun Bija Sura bermain “sapu-sapu ringin”
14.10   Tun Bija Sura mencuri keris   
14.11   Bentara Majapahit hadiah Inderagiri dan Siantan kepada Sultan Mansur
14.12   Sultan Mansur pulang ke Melaka
14.13   Bendahara menyambut Sultan di Pulau Sebat
14.14   Kuda Sultan Mansur jatuh dalam pelindungan (jamban)
14.15   Hang Tuah turun ambil
14.16   Hang Tuah difitnah berkehendak dengan seorang dayang-dayang raja
14.17   Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah
14.18   Seri Nara Diraja sembunyi Hang Tuah di sebuah dusun

Cerita 15
15.1     Raja China mengutus surat ke Melaka bingkisannya “jarum”
15.2     Raja Melaka menjawab surat itu bingkisannya “sagu rending”
15.3     Tun Perpatih Putih makan kangkong dapat melihat wajah raja China
15.4     Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Hang Li Po
15.5     Sultan Mansur Syah berkirim sembah kepada raja China
15.6     Akibatnya raja China kena tulah – penyakit gatal-gatal
15.7     Raja China minum dan basuh muka air basuh kaki raja Melaka
15.8     Penyakit raja China sembuh
15.9     Negeri China dan Melaka bersahabat

Cerita 16
16.1     Hang Kasturi derhaka kerana Sultan membunuh Hang Tuah
16.2     Hang Tuah “kembali” membunuhnya
16.3     Bendahara membuat istana
16.4     Istana itu terbakar
16.5     Bendahara buat istana baru
16.6     Seri Nara Diraja beri wasiat kepada Bendahara Paduka Raja
16.7     Bendahara Paduka Raja lihat tanda kebesaran pada Tun Mutahir
16.8     Paduka Raja menunaikan wasiat (amanah) Seri Nara Diraja
16.9     Tun Mutahir jadi Temenggung bergelar Seri Maharaja

Cerita 17
17.1     Melaka menakluk Kampar
17.2     Melaka menakluk Siak

Cerita 18
18.1     Raja Muhammad membunuh Tun Besar dalam peristiwa “sepak raga”
18.2     Bendahara Paduka Raja tidak mahu Raja Muhammad menjadi raja Melaka
18.3     Raja Muhammad jadi raja Pahang
18.4     Tun Bahara dari Pasai sangat handal bermain catur

Cerita 19
19.1     Semerluki anak Keraing Mancokok, Mengkasar berahikan ibu tirinya
19.2     Ayahnya suruh ia keluar merompak ujung Tanah
19.3     Semerluki bertemu Laksamana (Hang Tuah) Melaka
19.4     Semerluki bertemu Orang Kaya Raja Kenayan Pasai
19.5     Akhirnya Semerluki balik ke Mengkasar

Cerita 20
20.1     Maulana Abu Isyak mengarang kitab Darul-Mazlum
20.2     Maulana Abu Bakar datang ke Melaka membawa kitab itu
20.3     Sultan Mansur dan pembesar-pembesar berguru daripadanya
20.4     Kitab Darul-Mazlum dihantar ke Pasai
20.5     Makhdum Patakan terjemahkan kitab itu
20.6     Kadi Yusof melihat cahaya di kepala Maulana Abu Bakar
20.7     Kadi Yusof berguru daripada Maulana Abu Bakar
20.8     Sultan Mansur Syah hantar utusan ke Pasai bertanya masalah “Penghuni
            Syurga”
20.9     dan Neraka, adakah kekal?”
20.10   Makhdum Muda menjawab bersandar firman Allah
20.11   Raja Pasai nasihatnya “mungkin ini satu masalah”
20.12  Makhdun Muda menjawab secara sulit
20.13   Surat dan jawapan sulit itu dibawa balik ke Melaka

Cerita 21
20.1     Raja Cempa dapat anak lelaki daripada mayang pinang
20.2     Dinamakan Pau Gelang dikahwinkan dengan puteranya Pau Bia
20.3     Keturunan mereka ialah Pau Gama
20.4     Pau Gama mengadap Raja Majapahit
20.5     Ia berkahwin dengan Raden Galuh Ajang
20.6     Dapat anak Raja Jaknaka
20.7     Campa dikalahkan oleh Kuci
20.8     Anak raja Campa Syah Indera Burma lari ke Melaka
20.9     Daripada keturunannya, orang Campa di Melaka

Cerita 22
22.1     Kisah Sultan Zainul Abidin Pasai
22.2     Adiknya merebut takhta, ia lari ke Melaka
22.3     Bendahara, Seri Bija Diraja dan Laksamana (Hang Tuah) menyerang Pasai
22.4     Sultan Zainal Abidin ditabal semula
22.5     Tetapi ia tidak mahu menyembah raja Melaka
22.6     Adiknya menyerang semula. Ia minta tolong Bendahara
22.7     Bendahara marah, tidak mahu menolongnya lagi
22.8     Laksamana “perjahat” Bendahara kepada Sultan
22.9     Bendahara memuji Laksamana kepada Sultan
22.10   Laksamana minta maaf, meniarap & kali di kaki Bendahara

Cerita 23
23.1     Sultan Mansur Syah gering. Ia berwasiat
23.2     Raja Hussain ganti raja Melaka bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah
23.3     Sultan Alauddin perkasa “nyiur duduk umbi dipanah berbayang ke sebelah”
23.4     Kisah Sultan Alauddin menyamar dan membunuh pencuri
23.5     Sultan menjalankan hukuman mencuri potong tangan

Cerita 24
24.1     Raja Haru menghantar surat ke Pasai
24.2     Perkataan salam dibaca sembah
24.3     Raja Pahlawan mengamuk ramai yang dibunuh tetapi ia terbunuh
24.4     Haru merosakkan jajahan Melaka
24.5     Seri Bija Diraja mengalahkan Haru
24.6     Melaka dan Haru berdamai

Cerita 25
25.1     Raja Maluku handal main sepak raga
25.2     Telanai Terangganu mengadap ke Melaka
25.3     Sultan Muhammad Pahang suruh Seri Akar Raja membunuh Telanai Trengganu
25.4     Sultan Muhammad Pahang hendak menyerang Melaka
25.5     Sultan Alaudin hendak melanggar Pahang
25.6     Bendahara Paduka Raja nasihat, tidak jadi langgar
25.7     Laksamana (Hang Tuah) dititahkan ke Pahang
25.8     Di Pahang, Laksamana membunuh keluarga Seri Akar Raja
25.9     Sultan Pahang batalkan hasratnya melanggar Melaka

Cerita 26
26.1     Sultan Ibrahim Siak suruh Tun Jana Pakibul bunuh orang salah
26.2     Sultan Alauddin tahu, suruh laksamana pergi Siak
26.3     Laksamana marah Sultan dan Tun Jana Pakibul
26.4     Hukuman bunuh hanya dengan perintah raja Melaka sahaja
26.5     Sultan Alauddin gering, ia member wasiat
26.6     Gantinya Raja Mahmud bergelar Sultan Mahmud Syah
26.7     Ibu Sultan Mahmud Syah ialah Tun Senaja anak Seri Nara Diraja
26.8     Raja Zainul, adiknya berlain ibu
26.9     Temenggung Seri Maharaja menyuruh membunuh orang salah
26.10   Bendahara Paduka Raja member amaran kepadanya
26.11   Sultan Mahmud marah pada Seri Bija Diraja Singapura
26.12   Sultan Mahmud sakit perut
26.13   Bendahara Paduka Raja suap makanan
26.14   Laksamana basuh najis
26.15   Nendanya Raja Tua, hendak membunuh Sultan Mahmud
26.16   Raja Tua mahu Raja Munawar jadi raja Melaka
26.17   Bendahara larang, jika Raja Tua datang, ia hendak amuk
26.18   Sultan Mahmud sembuh, beri usungan kepada Bendahara dan Laksaman
26.19   Bijak Bendahara daripada Laksamana Hang Tuah
26.20   Bendahara Paduka Raja sakit
26.21   Wasiat Bendahara Paduka Raja
26.22   Gantinya Bendahara putih, ia suka membazir
26.23   Sultan Mahmud berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Pahang
26.24   Dapat tiga anak. Yang tua Raja Ahmad
26.25   Jahat Sultan Mahmud 1: Bermain dengan Tun Biajid (anak Hang Tuah)
26.26   Tun Biajid derhaka. Ia tidak mahu menyembah Sultan Mahmud
26.27   Jahat Sultan Mahmud 2: Bermain dengan Tun Dewi
26.28   Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang yang bersama-sama dengan Tun Dewi
26.29   Seri Dewa Raja membunuh Tun Isap
26.30   Seri Dewa Raja derhaka. Ia tidak patuh kehendak Sultan Mahmud
26.31   Seri Dewa Raja tidak hormat pada Sultan
26.32   Sultan kasih kepada 4 orang
26.33   Jahat Sultan Mahmud 3: Bunuh Seri Bija Diraja Singapura
26.34   Sultan Mahmud mengaji ilmu maklumat daripada Maulana Yusuf
26.35   Maulana Yusuf tidak hormat pada Sultan Mahmud
26.36   Sultan Mahmud perintah Paduka Tuan menakluk Manjung
26.37   Sultan Mahmud perintah Paduka Tuan menakluk Kelantan

Cerita 27
27.1     Bendahara putih mati
27.2     Sembilan orang calun Bendahara. Berbaris di hadapan Sultan Mahmud
27.3     Bonda Sultan minta Sultan pilih Temenggong Seri Maharaja
27.4     Sultan pilih Tun Mutahir bergelar Bendahara Seri Maharaja
27.5     Anaknya Tun Husain jadi Temenggong
27.6     Negeri Melaka sangat makmur
27.7     Peristiwa Patih Adam dan Tun Manda “Jawa tunjuk samsing di Melaka”
27.8     Bonda Sultan Ahmad, isteri Sultan Mahmud mangkat
27.9     Jahat Sultan Mahmud 4: Meminang Puteri Gunung Ledang
27.10   Laksamana-Sang Setia dan Tun Mamat jadi utusan
27.11   Tun Mamat bertemu Dang Raya Rani
27.12   Tun Mamat bertemu perempuan tua bongkok tiga
27.13   Mas kahwin Puteri Gunung Ledang
27.14   Sultan Mahmud batalkan peminangan itu
27.15   ia tak sanggup memberti darahnya dan darah anaknya

Cerita 28
28.1     Sultan Mahmud perintah Hang nadim membeli kain di Benua Keling
28.2     Hang Nadim naik kapal Hang Isap. Hang Isap berkelahi dengan Wali Allah
28.3     Masa pulang kapal Hang Isap karam kerana sumpah wali Allah
28.4     Hang Nadim selamat. Sultan murka pada Hang Nadim
28.5     Laksamana Hang Tuah mati. Disimpan di Tanjung Keling
28.6     Gantinya Laksamana Khoja Hasan (menantu Hang Tuah)

Cerita 29
29.1     Sultan Muhammad Pahang mangkat
29.2     Gantinya Sultan Abdul jamil
29.3     Ia ditunangkan dengan Tun Teja Ratna Benggala anak Bendahara
29.4     Utusan Melaka Seri Dewa Raja menabalkan Sultan Pahang
29.5     Seri Dewa Raja ceritakan kecantikan Tun Teja kepada Sultan Muhammad
29.6     Jahat Sultan Mahmud: Tawarkan hadiah kepada siapa dapat mengambil T.Teja
29.7     Hang Nadim ingin mengambil hati Sultan Mahmud
29.8     Hang Nadim pergi ke Pahang. Ia berkawan baik dengan nakhoda Syed Ahmad
29.9     Hang Nadim menculik Tun Teja dengan pertolongan Pelulut
29.10   Hang Nadim mengalahkan angkatan Pahang di laut
29.11   Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud
29.12   Sultan Abdul Jamil hendak melanggar Melaka dengan gajah I Kepenyang
29.13   Sultan Mahmud tahu hal itu
29.14   Jahat Sultan Mahmud 5: Ia hantar Laksamana Khoja Hasan curi I Kepenyang
29.15   Khoja Hasan mengambil I Kepenyang
29.16   Peperangan di laut, Pahang tewas
29.17   Sultan Abdul Jamil sangat kecewa
29.18   Ia turun takhta dan diam di Lubuk Pelang
29.19   Sultan Abdul Jamil “bersyekh”. Ia digelar Marhum Syek
Cerita 30
30.1     Raja Zainal, adik Sultan Mahmud, sangat segak
30.2     Ramai perempuan gila kepadanya. Sultan Mahmud marah
30.3     Jahat Sultan Mahmud 6: Ia menyuruh Hang Berkat membunuh Raja Zainal
30.4     Raja Zainal dibunuh oleh Hang Berkat
30.5     Hang Berkat digelar Sang Sura
30.6     Sang guna bermukah dengan isteri Sang Sura
30.7     Sang Sura hendak membunuh Sang Guna
30.8     Sultan Mahmud larang
30.9     Sang Sura marah (derhaka) pada Sultan Mahmud
30.10   Sang Guna dikurung dalam rumah oleh Sultan Mahmud

Cerita 31
31.1     Raja Legur (Siam) menyerang Pahang
31.2     Bendahara Seri Maharaja Melaka bantu Pahang
31.3     Pahang menang
31.4     Tun Perpatih Hitam biadap di hadapan Bendahara
31.5     Laksamana Khoja Hasan membunuh Tun Perpatih Hitam
31.6     (Catatan) keluarga Laksamana Hang Tuah

Cerita 32
32.1     Pembukaan rasmi
32.2     Cau Seri Bangsa masuk Islam
32.3     Melaka menabalkan raja Patani bergelar sultan Ahmad Syah
32.4     Raja Kedah dinobatkan di Melaka
32.5     Negeri Melaka sangat makmur
32.6     Datang sebuah kapal Feringgi dari Goa berniaga di Melaka
32.7     Kapitannya menyarung rantai emas ke leher Bendahara
32.8     Alfonso d’ Albuquerque perintah menyerang Melaka
32.9     Gonzalo Periera dan askar-askar Feringgi tewas
32.10   Menurut kapitan Mur “selagi ada Bendahara Melaka tidak kalah”
32.11   Maulana Sadar Jahan mengajar Sultan dan pembesar-pembesar
32.12   Seri Rama mabuk
32.13   Maulana Sadar Jahan bertengkar dengan Seri Rama fasal:
            “Arak itu ibu segala najis/Ahmak itu ibu segala najis”
32.14   Maulana Sadar Jahan bertengkar dengan Tun Mai Ulat Bulu fasal:
            Orang Melayu sukar menyebut bahasa Arab
            Orang Arab sukar menyebut bahasa Melayu
32.15   Sultan Mahmud hantar Tun Muhammad ke Pasai Tanya masalah agama
32.16   Tun Hasan menjawab (secara sulit) kepada Tun Muhammad
32.17   Sultan Mahmud setuju dengan jawapan Tun Hassan Pasai itu.

Cerita 33
33.1     Tun Fatimah anak Bendahara sangat cantik
33.2     Bendahara kahwinkan dengan Tun Ali anak Seri Nara Diraja
33.3     Raja Dibaruh nasihat Bendahara berikan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
33.4     Bendahara enggan
33.5     Semasa bersanding Sultan lihat Tun Fatimah
33.6     Sultan jatuh hati pada Tun Fatimah
33.7     Jahat Sultan Mahmud 7: Ia marah kepada Bendahara (berdendam)
33.8     Tun Fatimah dan Tun Ali dapat anak Tun Terang
33.9     Kekayaan Bendahara Seri Maharaja
33.10   Tun Hasan maki Ali Manu Nayan
33.11   Orang-orang Tun Hasan “makan rasuah”
33.12   Nina Sura Dewana berdakwa dengan Raja Mendeliar
33.13   Nina Sura Dewana beri rasuah kepada Bendahara
33.14   Kitul tahu. Ia ada hutang pada Raja Mendeliar
33.15   Kitul fitnah pada Raja Mendeliar:
            Bendahara bermuafakat dengan Nina Sura Dewana hendak membunuhnya
33.16   Raja Mendeliar halal hutang kitul
33.17   Raja Mendeliar beri rasuah kepada Laksamana Khoja Hasan
            Katanya Bendahara hendak derhaka
33.18   Laksamana Khoja Hasan fitnah Bendahara kepada Sultan
33.19   Sultan Mahmud percaya kerana dia memang dendam pada Bendahara
33.20   Tun Hasan Temenggung hendak melawan (derhaka)
33.21   Bendahara melarang
33.22 Jahat Sultan Mahmud 8: ia membunuh Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara
            Diraja, Tuan Hasan dan Tun Ali
33.23   Sultan Mahmud kahwin dengan Tun Fatimah
33.24   Pusaka Bendahara dibawa ke istana
33.25   Sultan Mahmud baru tahu segala-galanya fitnah
33.26   Sultan Mahmud sangat menyesal
33.27   Sultan hokum bunuh Kitul dan Raja Mendeliar
33.28   Laksamana Khoja Hasan dibuang negeri
33.29   Paduka Tuan anak Bendahara Paduka Raja jadi Bendahara
33.30   Ia terlalu tua tetapi “gagah makan nasi”
33.31   Ia tidak mahu jadi Bendahara tetapi dilantik juga oleh Sultan
33.32   Anaknya Tun Biajid sasar
33.33   Tun Fatimah tidak suka pada Sultan Ahmad
33.34   Sultan Mahmud sangat menyesal membunuh Bendahara
33.35   Ia turun takhta. Melaka diperintah oleh Sultan Ahmad
33.36   Sultan Mahmud diam di Kayu Ara bersama Sang Sura
33.37   Tun Fatimah mengandung-digugurkan
33.38   Sultan Mahmud berjanji kalau lelaki akan dijadikan raja Melaka
33.39   Tetapi dua orang anak tun Fatimah perempuan
33.40   Sultan Ahmad mengaji tasawuf daripada Maulana Sadar Jahan
Cerita 34
34.1     Alfonso d’albuquerque menyerang Melaka
34.2     Askar Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah& Hikayat Amir Hamzah
34.3     Melaka alah
34.4     Sultan Ahmad undur ke Muar dan ke Paguh
34.5     Feringgi mengalahkan Paguh, Sultan Ahmad lari ke Kopak
34.6     Sultan Mahmud lari ke Batu Hampar, Pahang dan Bentan
34.7     Sultan Ahmad benci orang-orang besar
34.8     Jahat Sultan Mahmud 9: bunuh Sultan Ahmad (anaknya)
34.9     Laksamana Khoja Hasan mati dengan sesalan
34.10   Hang Nadim ganti jawatan Laksamana
34.11   Tun Fatimah melahirkan putera bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah
34.12   Orang-orang muda kawan Sultan Ahmad kembali menyembah Sultan Mahmud
34.13   Jahat Sultan Mahmud:Ia membunuh Tun Ali Hati kerana tidak mahu menyembah
34.14   Raja Abdullah Kampar berunding dengan Feringgi minta negeri Melaka
34.15   Feringgi menangkap Raja Abdullah dihantar ke Goa

III

34.16   Feringgi menyerang Kota Kara, Kopak (Bentan)
34.17 Temenggung Seri Udana miskin. Ia menyindir Sultan Mahmud
34.18   Ia terus ke Kota Kara tanpa mengadap Sultan Mahmud
34.19   Seri Udana mati terbunuh
34.20   Kota Kara alah, Kopak pun alah
34.21   Sultan Mahmud bersama-sama dua laksa orang lari ke hutan
34.22   Seri Wak Raja  curi nasi untuk Sultan Mahmud
34.23   Seri Nara Diraja hendak derhaka jika Sultan enggan makan nasi curi itu
34.24   Sultan Mahmud bersemayam di Kampar
34.25   Tun Fatimah (raja perempuan) mangkat
34.26   Sultan Mansur Syah Pahang
34.27   Raja Ahmad dikahwinkan dengan Raja Puspa Dewi
           
IV

34.28   Sultan Mahmud gering. Ia member wasiat
34.29   Sultan Mahmud mangkat
34.30   Sultan Alaudin Riayat Syah ganti raja Kampar
34.31   Ia belayar ke Pahang
34.32   Dari Pahang ia pergi membuka negeri di Johor
34.33   Sultan Alauddin Riayat Syah bersemayam di Johor
34.34   Ia mangkat bergelar Marhum Johor Lama
34.35   Sultan Muzaffir Syah ganti memerintah Johor
34.36   Ia pindah dari Johor ke negeri Seluyud
34.37   Sultan Muzaffir kahwin dengan janda Raja Umar dapat anak Raja Abdullah
34.38   Raja Umar dan Raja Fatimah dapat anak Raja Abdul Jalil
34.39   Sultan Muzaffir Syah mangkat digelar Marhum Seluyud
34.40   Sultan Abdul Jalil ganti raja
34.41   Bendahara memangku “seolah Bendahara jadi raja”
34.42   Sultan Abdul Jalil dan Raja Abdullah sama besar
34.43   Umur Sembilan tahun Sultan Abdul Jalil mangkat. Ia berwasiat gantinya Raja
            Abdullah
34.44   Bondanya Raja Fatimah membantah. Ia mahu suaminya Raja Umar jadi      raja
34.45   Raja Umar ditabalkan bergelar Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah
34.46   Bendahara mati diganti oleh Tun Seri Lanang
34.47   Tun Seri Lanang bergelar Bendahara Paduka Raja
34.48   Sultan Ala Jalla Abdul Jalil berpindah ke Batu Sawar
34.49   Batu Sawar tak sesuai kerana banyak jembalang, rakyat banyak mati
34.50   Sultan Ala Jalla Abdul Jalil berpindah ke Makam Tauhid
34.51   Feringgi menyerang negeri Makam Tauhid tetapi alah
34.52   Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat
34.53   Gantinya Raja Mansur bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah
34.54   Tetapi ia asyik bermain-main sahaja
34.55   Bendahara Paduka Raja berikan tugas raja kepada Raja Abdullah
34.56   Raja Abdullah m,enjalankan tugas raja
34.57   Feringgi dan Acheh serang makam Tauhid tetapi tidak alah
34.58   Sultan Alauddin pindah dari makam Tauhid ke Pasar Raja
34.59   Tugas raja dijalankan juga oleh Raja Abdullah dan Bendahara
34.60   Penutup


           
           





2 comments:

  1. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
                           : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

               TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
       Email: {anggaannisa1979@gmail.com}

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada Kyai Anom Jagat berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn Kyai Anom Jagat yang dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya. ATAU Anda Mau sperti sya silakan anda tlp Kyai Anom Jagat Di No 0852-4466-8151

    ReplyDelete