Saturday 26 April 2014

SHAHNON AHMAD




1.0       PENGENALAN
            Shahnon Ahmad adalah seorang tokoh yang cukup istimewa. Ini disebabkan beliau adalah seorang tokoh sastera Melayu yang dikagumi, dihormati dan disayangi. Beliau juga turut dikenali sebagai seorang pengarang, penyelidik, pengkritik dan pengajar kesusasteraan yang memperlihatkan pemikiran sebagai seorang Melayu yang penuh nasionalisme Melayu, sebagai seorang Islam yang penuh ke-Islamannya, dan sebagai seorang pengarang yang amat kental dengan teknik, inovasi dan kreativitinya.
2.0       ISI
Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990), Dato’ Haji Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1993, di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman di daerah Sik, Kedah Darulaman. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran sehariannya Pak Mat adalah berasal dari Medan, Sumatera dan telah meninggal dunia pada tahun 1981. Waktu muda, Haji Ahmad telah mengembara dari tempat asalnya dan berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Pada mulanya, dia bekerja di Jabatan Ukur dan kemudian menjadi posmen. Pada masa Perang Dunia Kedua, dia menjadi perisik kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun. Sesuai dengan tugasnya sebagai posmen, dia bebas masuk ke kubu-kubu[1] tentera Jepun untuk membantu pihak British ketika itu. Kubu-kubu pihak Jepun ketika itu terletak di Gurun dan Guar Chempedak.

Kokurikulum



1.0       Pengenalan
Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi.  Antaranya ialah penubuhan pasukan pengakap yang pertama di Malaysia mengambil tempat di Singapura pada tahun 1909.  Aktiviti gerakerja kokurikulum ini diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956 dan Pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961, No.552.)  Aktiviti ini dikenali dengan nama Kegiatan Kumpulan. (Ab. Alim, 2004).  Sekarang ini aktiviti kokurikulum telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pendidikan, yakni sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah.  Untuk itu, aktiviti kokurikulum perlulah dirancang, diurus dan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan seperti mana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Perbandingan tentang jenis ayat majmuk antara Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al. 2010) dengan Linguistik Am ( Abdullah Hassan. 2005)



1.0       Pendahuluan
Tatabahasa merupakan unsur paling utama dalam sesebuah bahasa.  Tatabahasa merupakan peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesebuah bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Terdapat pelbagai tafsiran tentang maksud ayat yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa. 
Zaaba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1958) menyatakan bahawa ayat ialah susunan perkataan yang sekumpul-kumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu.  Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya.

Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu




1.0       Pengenalan.
Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi utama yang direncanakan dalam Koridor Raya Multimedia sejajar dengan hasrat mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam mencapai Wawasan 2020.  Pernyataan rasmi yang menjadi dasar kepada pembentukan Sekolah Bestari ini ialah “Smart School Flagship Application : The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977). 
            Sebanyak 87 buah sekolah  telah terlibat dalam projek Rintis Sekolah Bestari yang bermula sekitar tahun 1999 hingga 2002.  Kemudian projek ini telah diperluaskan lagi kepada 10,000 buah sekolah yang bermula pada tahun 2002 hingga 2010 di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan Ke-9 (RMK9) dalam Program Pembestarian Sekolah.

Peranan Nilai Dalam Pendidikan



1.0       Pengenalan
Nilai murni sewajarnya menjadi asas pembinaan dan pembangunan manusia.  Maka dengan itu setiap masyarakat perlulah mempertahankan nilai murni atau nilai baik supaya dapat membendung segala bentuk kejahilan, kemungkaran, kejahatan , dan juga kemusnahan.  Nilai murni dan nilai baik perlu dijadikan teras yang diterapkan dalam kurikulum dan juga dalam segala bentuk pendidikan sama ada secara formal mahupun secara tidak formal di sekolah.  Sememangnya sekolah menjadi institusi pendidikan yang penting dalam usaha menyemai dan mengukuhkan pemupukan nilai-nilai murni agar dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab serta dapat mengamalkan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seharian mereka.  Nilai murni sesungguhnya merupakan tonggak nilai kemanusiaan yang mampu membentuk pembinaan sahsiah serta kekuatan peribadi, moral, sosial, dan rohani.

PROGRAM INTERVENSI



1.0              Pengenalan
Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan  perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi,2002). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.
Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan  dan mengurangkan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperoleh oleh seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.